KUALA LUMPUR: Penubuhan Majlis Atlet oleh Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) berpotensi melonjak tahap kemajuan diri atlet para negara pada masa depan, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata pihaknya yang menyambut baik inisiatif MPM itu, mahu melihat penubuhan Majlis Atlet mampu menjadi wadah membincangkan masalah dihadapi komuniti sukan para baik di dalam mahupun luar gelanggang.
"Saya harap penubuhan Majlis Atlet membawa lebih banyak manfaat kepada atlet para kita antaranya memberi platform terbaik buat mereka bukan sahaja dari segi kebajikan malah aspek kemajuan diri masing-masing," katanya kepada Bernama selepas majlis penutup dan penyampaian hadiah Social Entrepeneurship For Rural Youth (SERY) 2023 di sini, malam tadi.
Pada Rabu, MPM mengumumkan Majlis Atlet akan diketuai perenang para wanita Carmen Lim selain dianggotai jaguh olahraga para Mohamad Ridzuan Puzi, perenang lelaki Jamery Siga dan Fraidden Dawan serta atlet boccia Noor Askuzaimey Mat Salim.
Misi majlis berkenaan ialah untuk menjadi suara bagi atlet para masa kini, masa depan dan yang telah bersara dalam lingkungan Pergerakan Paralimpik, selari hala tuju strategik MPM dan untuk menyokong atlet para Malaysia.
Dalam pada itu, Adam Adli berkata program SERY merupakan komitmen kerajaan bagi menyemarakkan inisiatif Rakan Muda melalui gaya hidup Rakan Niaga dalam menjadikan bidang keusahawanan sebagai satu daripada bidang keutamaan belia.
Beliau berkata melalui program SERY, potensi belia juga dapat diperkukuh melalui latihan berstruktur serta komprehensif dengan elemen bimbingan dan pementoran.
"Hasilnya, idea-idea baharu perniagaan berjaya dibangunkan, masalah sosial dapat ditangani dan rangkaian kerjasama strategik dapat ditingkatkan sebagai pemangkin perubahan dan pembangunan dalam komuniti di luar bandar," katanya.
Sementara itu, kumpulan SWD Mulch dianggotai empat anak muda dari Sabah yang menghasilkan inovasi baja bagi meningkatkan tahap kesuburan tanah digunakan petani sekitar Kota Kinabalu, dinobatkan pemenang edisi kedua SERY.
Ketua kumpulan yang juga pelajar tahun kedua jurusan teknologi dan industri kayu dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) Nur Maisarah Mizan, 21, berkata mereka mendapat idea penghasilan baja tersebut bagi mengelakkan lambakan sisa kayu serta rumpai laut tidak terpakai di Sabah terbiar begitu sahaja.
"Jika dibiarkan maka sisa kayu serta rumpai laut akan rosak. Bagi mengelakkan ia rugi, kami hasilkan inovasi yang secara tidak langsung membantu para petani di Sabah," katanya.
Selain hadiah plak kemenangan, kumpulan SWD Mulch turut membawa pulang wang tunai RM10,000.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2023
Adam Adli hadir pada majlis penutup dan penyampaian hadiah Social Entrepeneurship For Rural Youth 2023 di Kuala Lumpur, malam tadi. - Facebook JBSNegara
Sukan Olimpik Paris: Larian obor terencat gara-gara kawah gagal dinyalakan
Momentum semangat untuk menyambut temasya Olimpik Paris 2024 sedikit terganggu gara-gara disebabkan kawah obor yang gagal menyala sebaik tamatnya fasa larian.
22 maut, 7 cedera, 2 hilang selepas banjir landa Sumatera Barat
Operasi menyelamat masih diteruskan di mukim terjejas termasuk Canduang, Sungai Pua dan Koto susulan hujan lebat pada 9 malam waktu tempatan.
Kemenangan PRK Kuala Kubu Baharu bukti kerjasama erat parti dalam PH - Fadillah
Kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) pada PRK Kuala Kubu Baharu semalam merupakan bukti kerjasama erat parti-parti dalam komponen itu.
'UMNO tak akan tenggelam dalam lipatan sejarah' - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersumpah dan tekad untuk memastikan parti itu tidak akan tenggelam dalam lipatan sejarah.
Penjawat awam rugi lebih RM150,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang penjawat awam mengalami kerugian RM150,600 selepas terperdaya dengan sindiket 'phone scam'atau penipuan melalui panggilan telefon,
Polis Israel lerai penunjuk perasaan anti-kerajaan
Polis Israel menolak dan menyembur penunjuk perasaan dengan meriam air semasa protes anti-kerajaan di Tel Aviv pada Sabtu.
Penunjuk perasaan menuntut tamatnya perang untuk membebaskan tebusan dan menuduh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu tidak mahu mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas, termasuk pembebasan tebusan.
Penunjuk perasaan menuntut tamatnya perang untuk membebaskan tebusan dan menuduh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu tidak mahu mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas, termasuk pembebasan tebusan.
Masalah disiplin remaja antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu - Nancy
Masalah disiplin remaja merupakan antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu ketika ini.
PH pertahan DUN Kuala Kubu Baharu, majoriti 3,869 undi
Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar berkongsi pandangan mengenai keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu yang menyaksikan PH berjaya mempertahankan kerusi berkenaan.
Dituduh jadi 'badi' dalam keluarga, ibu tergamak buang anak OKU dalam lubuk buaya
Mangsa yang dikenal pasti sebagai Vinod disahkan mengalami masalah pendengaran dan pertuturan.
Hari Ibu: Raja Permaisuri Agong berangkat ke sambutan peringkat kebangsaan
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2024 Di Pusat Keluarga Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (Lppkn) Di Ayer Keroh, Melaka.
Majlis Atlet mampu lonjak tahap kemajuan atlet para
Penubuhan Majlis Atlet dilihat mampu menjadi wadah membincangkan masalah dihadapi komuniti sukan para baik di dalam mahupun luar gelanggang.